Sunday, July 24, 2011

Hidangan set berbuka puasa (Set 1)

SET 1
  • Nasi Putih
  • Ayam Masak Lemak Serai + Kentang
  • Ikan Goreng Berempah
  • Kacang Panjang Goreng + Hati + Pedal
  • Sambal Belacan + Ulam-Ulaman


1.NASI PUTIH




2.AYAM MASAK LEMAK DAN KENTANG

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam, potong 16 - 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
5 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
6 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam

1 keping asam gelugor

1200 ml santan cair

400 ml pati santan

Garam dan gula secukup rasa


Bahan kisar:-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
20 tangkai cili padi hijau thai
15 tangkai cili padi merah thai
2 biji buah keras

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan ayam, kentang (toskan), serai dan bahan kisar dalam periuk, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
  2. Tuang santan cair, dan masak hingga kentang 3/4 lembut.
  3. Tambah asam gelugor, dan tuang pati santan.
  4. Masak dengan api perlahan hingga kentang empuk.
  5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
  6. Masukkan daun kunyit dan masak sekejap dengan api sederhana sambil dikacau selalu.
  7. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas..


3.IKAN GORENG BEREMPAH

Bahan-bahannya:

Ikan kembong -5 ekor

Minyak 1 cawan

Bawang besar, bawang putih dan halia (dikisar) 1 cawan

Serai 5 batang (dikisar)

Jintan putih 3 sudu

Jintan manis 2 sudu

Serbuk cili 1 sudu

Serbuk kunyit 1 sudu

Kas-kas 2 sudu

Rempah daging 3 sudu

Daun kari 2 tangkai

Bawang goreng 3 sudu

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumisan.
  2. Masukkan rempah ratus dan masak sehingga betul-betul masak dan pekat.
  3. Ikan yang telah digoreng digaulkan.
  4. Angkat untuk dihidangkan

4. KACANG PANJANG GORENG+HATI+PEDAL

BAHAN-BAHAN
  • 10 batang kacang panjang
  • 3 ketul hati ayam
  • 3 ketul pedal ayam
  • 3 biji bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 2cm kunyit
  • 3 biji cili padi
  • garam dan minyak masak
PENYEDIAANNYA
  1. Potong kacang panjang, hiris hati dan pedal ayam kecil-kecil.
  2. Kemudian, tumbuk kunyit, sebiji bawang putih serta garam. Perapkan bahan yang ditumbuk tadi dengan hati dan pedal ayam yang telah dihiris.
  3. Kemudian, gorengkan (tanpa minyak) hati dan pedal sehingga kering. Kemudian, masukkan minyak secukupnya.
  4. Sambil menggoreng hati dan pedal tu, hiriskan bawang putih, bawang merah dan cili padi. Bila hati dan pedal tadi dah agak2 keperangan, bolehlah dimasukkan bawang2 dan cili padi tadi.
  5. Bila semua bawang tu dah layu, bolehlah dimasukkan kacang panjang.
  6. Goreng sehingga kacang panjang tu masak, tapi jgn terlalu lama sangat.
  7. Bolehlah dihidangkan untuk satu keluarga.

5. SAMBAL BELACAN dan ULAM ULAMAN



Bahan-bahannya:
  • 3 biji cili hidup @ besar
  • 10 biji cili padi @ kecik
  • Sedikit belacan - dibakar
  • Gula 1 sudu kecil
  • Secubit garam
  • Limau nipis - Ambil jusnya

Cara-cara

  1. Lada hidup, cili api, belacan, gula dan garam dikisar
  2. Last sekali perah asam limau
  3. Hidangkan bersama ikan bakar, ikan goreng dan kawasan yg sewaktu dengannya.


ULAM ULAMAN:
timun
ulam raja
jantung pisang - rebus
petai

No comments:

Post a Comment