Juadah Kenduri Kahwin

Juadah Kenduri Kahwin


SET 1

  • Nasi Minyak 
  • Ayam Masak Merah
  • Rendang Daging
  • Dalca Sayur
  • Acar Timun dan Nenas





                                                   
Nasi Minyak

Bahan-bahan:- 
1 kg. beras Basmathi (dibasuh & disejat) 
150 ml minyak sapi 
2 helai daun pandan (disimpul)
155 ml air 
150 ml susu cair 
2-3 camb stok pekat ayam/2 kiub stok 
garam secukupnya
80 gm gajus } 
50 gm bawang goreng } bahan hiasan
100 g pis hijau }

Bahan Penumis:
5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 buah pelaga

Bahan dikisar: 
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm halia

Cara-Cara:-
Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga terbit bau.Masukkan beras, gaul 2-3 minit.
Bubuh pula daun pandan, air, garam, susu dan stok. Kacau sekali-sekala hingga menggelegak.
Bila airnya kering, perlahan api dan tutup periuk. Biar ia masak.





                                                   

Ayam Masak Merah (hidangan untuk 10 orang)

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 10
1 labu bawang besar holland dikisar
10 ulas bawang merah dan 5 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dihiris
5 biji cili merah dikisar
1/2 cawan cili kisar (cili kering yang dikisar)
1/2 cawan tomato puri
1 biji tomato dikisar
1/2 cawan sos cili
2 batang serai diketuk
1/4 cawan santan

Cara-cara:

1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng separa garing. Ketepikan.
2. Panaskan 5 sudu besar minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan cili kisar dan cili merah kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Tambah 1/2 cawan air. Masukkan sos cili, tomato kisar dan tomato puri. masak seketika. Masukkan serai, santan, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati dan biar mendidih. Tutup api dan sedia dinikmati bersama nasi.




                                                    
Rendang Daging

Bahan-Bahan:
1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk[
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula merah
garam


Bahan-Bahan dimesinkan
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin  sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.




                                                   

Dalca Sayur ( Hidangan untuk 10 orang)

Bahan-bahan:
1/2 cawan kacang dal direndam semalaman
5 sudu besar rempah kari
5 urat kacang panjang dipotong 1 1/2 inci
1 batang karot dipotong 1 inci panjang
1 batang terung dipotong sederhana
4 biji cili hijau dibelah 4
1 biji tomato didadu kecil
1 labu bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris halus
1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih,2 biji buah pelaga
1 cawan santan
2 sudu besar sos tomato/ tomato puri

Cara-cara:
1. Rebus kacang dal hingga empuk. Toskan.Bahagi 2. Separuh dikisar halus dan separuh lagi dibiar begitu sahaja.
2. Panaskan 5 sudu besar minyak didalam periuk. Tumis bawang besar, halia, dan rempah campur hingga berbau wangi. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
3. Tambahkan 1/2 cawan air.
4. Apabila mendidih, masukkan kacang dal, sayur-sayuran, sos tomato, tomato dadu dan cili hijau. Masukkan santan dan biar mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Apabila sayuran telah empuk, tutup api dan boleh dihidang.




                                                   


Acar Timun dan Nanas- hidangan untuk 10 orang

Bahan-bahan:
2 biji timun dikupas kulit dan dihiris nipis
1/4 biji nanas dihiris kecil-kecil
2 biji cili merah dihiris serong
2 biji cili hijau dihiris serong
1 labu bawang besar dihiris nipis-nipis -melintang
3 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.